finally my fushia wrap is here. dari hari pertama saya browse wrap nih, terus jatuh cinta.
wrap pertama saya bewarna hitam. beli masa motherhood expo, memang nak warna ni, tapi takde yang on sale. encik suami cakap senang jaga kalau hitam.. bila dah pakai, memang sangat selesa. tapi hampir setiap hari tengok jugak yang warna pink nih. tak boleh nak menahan nafsu yang meronta ronta, akhirnya.. ya. wrap itu milikku.. ;p
Jannah sekarang wrap style 'lotus hold' pulak. dia nak jalan2 tengok ke depan. dan jannah pantang nampak cermin, sangat excited. i learn a lot about wrap from here, here, here and here.
saya masih ingat, pertama kali saya pakai pouch untuk rayyan, ummi dan ayah saya tak setuju.
"nanti dia asyik nak dukung aje"
"nanti dia tak dapat tengok2 depan explore"
"nanti dia ngada2.."
Alhamdulillah, sekarang mereka dah faham kebaikan babywearing, dan mereka sangat menyokong.
Mengapa wear-your-baby?
kalau tanya saya, sebab ianya cantik..! ya, seorang ibu memang sangat cantik bila melekat dengan anaknya. macam kangaroo. pertama kali menggunakan pouch, rayyan dalam 6 bulan. sudah agak terlambat sebenarnya. sebelum tuh, rasa susah sangat nak buat kerja rumah, susah sangat nak keluar rumah sebab dua dua tangan kena pegang anak.. bila dah mula pakai pouch dengan rayyan, waahh macam2 boleh saya lakukan yang selama ini tak dapat. asal masuk dalam pouch je, dia akan tertidur lena. jalan jalan shopping pun sangat senang.
untuk jannah, saya mulakan lebih awal. saya dapati, anak yang selalu dikendong lebih mudah dijaga. tak hassle langsung. tak meragam. dia merasa sangat selesa. tak sama langsung dengan myth pasal kendong bayi yang kita dengar selama ini. untuk bayi kecil, saya secara peribadi merasakan wrap adalah yang terbaik. rasa macam sangat secure. badan dia, kaki dia, kepala dia.. bila saya letak jannah in wrap, dia mesti tidur lena. senang sangat saya boleh bawak abang rayyan dia mandi pool. boleh bawa rayyan playground, while jannah securely in the wrap.
saya masih belajar lagi. kalau jannah masih mahu in wrap, saya mahu yang warna warni pulak. gradiation. ellaroo. girasol. just to name a few..
or, maybe i should create my own wrap ;p
4 comments:
me blogwalking here..nice blog :) nice header tu...mcm mana yer cara nak buat header besar2 mcm tu?
hi mama ahafran. kite pun penah blogwalk blog u.. tk smpat coment kot ;) header tuh kite design kat photoshop ikut sizelayout nye lebar. panjang tak kesah up to u.. singgah la selalu yer.
salam..wrap ni smpi umur berapa tahun...my baby 7 months...still pkai yg mcm beg kangaroo..sng nk g jalan2..tp tgk wrap ni mcm lg selesa la plak..
hi hanie, dia round 15kg boleh lagi.. fathin try kat my boy yang 2thn, 10kg ok gak. carry kat pinggang tepi. Hip hold. pakai kat belakang pun boleh. cume tak leh lama2 sbb kite yang tak larat. tp kalau 7 bulan kite rasa ok sangat lagi..
Post a Comment