Pages

Tuesday, June 15, 2010

{al rayyan } the very happy, birth-day ;p

fuh. berhari2 mama tulis entry ni tak publish2. susah sangat nak karang ayat. ;p apapun, saya adalah sangat happy bila tgk wajah anak bujang saya gembira. 
paling comel, hari2 nyanyi "beday to youuu.. bedayy to you.."

sebab rayyan sangat comel nyanyi2 lagu birthday sendiri, papa siap cancel football game dia, balik cepat nak ajak makan kek. so kami ke secret recipe. mama pilih cheese caramel. wow sangat sangat lazat tau. nih first time try makan. memang sedap.

yeahh.. tengok.. rayyan boleh tiup lilin.. ;p

dan pada hari Ahad, we had another small celebration with family and friends. 
plan hari khamis, hari ahad dah terus nak party.. saya tak sempat pun nak decorate lebih2, nak buat invitation cards semua.. Invite pakai facebook je lagi berkesan heee. Alhamdulillah the party went well. 

Tahun ni memang tak plan nak buat party, sebab kang dah buat masa setahun, dua tahun.. dah kena buat tiap2 tahun lah pulak.. Tapi bila fikir balik, tiap2 tahun pun takpe ;p Lagi ramai orang datang rumah, lagi meriah.. menjamu kawan2 makan adalah sangat membahagiakan.. semoga lebih ramai yang mendoakan kebahagiaan kita.. 

Rayyan sangat happy. Dari pagi sampai ke petang taknak tidur. Risau jugak kalau dia meragam masa nak potong kek nih. Tapi mungkin sebab tahu semua datang nak raikan dia, memang bahagia je muka dia harituh.. Masa aunty Teh and aunty Asa sibuk menggantung belon, rayyan pulak duk leka main dengan pinggan2 kertas nih..

party nih adalah tidak-dirancang-awal. hari khamis decide nak raikan, dalam 3 hari baru terkocoh2 saya menjemput, nak order sana sini.. ;p maaf sangat2 niat nak jemput kawan2 yang baca blog nih, tapi sempat update kat facebook jer.. 

rupanya, merancang majlis dalam sehari dua adalah possible..! saya penah merancang majlis kahwin Khai dalam hanya tempoh kurang sebulan. fuhh dan kali ini, harijadi rayyan dalam 2, 3 hari. Alhamdulillah. tema kali ini 2010 world cup south africa. oleh kerana takde sape nak terima order kek dalam 3 hari, paling senang beli lah Chocolate Indulgance Secret Recipe kan senang. dah tau konfem sedap. lepas tuh letak lilin 'Happy Birthday' yang beli since tahun lepas untuk harijadi encik suami, tapi saya masuk wad, lukis padang, letak coklat bola bola keliling, letak lilin player bola.. lilin tuh dua ringgit lapan posen, beli kat kedai buat kek.. tadaaaaa.. 

ok lah tu kan.. yang penting ikut tema.. lepas tuh boleh lah potong kek..

tak aci tak aci.. nanti birthday Jannah kena ada photographer lah.. selalu saya takde dalam gambar heehee.

lepas tuh rayyan bagi kawan kawan goodies. nih baby Qisya. mama dia jual baju online. Baju yang selalu Jannah pakai tuh..

nih pulak baby farah, kawan mama jumpe kat online jugak. first time meet up. mama dia toke cupcake.
ni family kak Ani, kenal kat facebook, jiran tingkat bawah.. toke kedai ubat kat plaza kotaraya.. kalau nak beli online pun boleh.. ;p

nih nenda and aunty min rayyan. datang jauh jauh from seremban.. thanks tau. ujung minggu ni datang lagi yer!
nih kawan saya kak fizie, and kawan2 office papa.. normah dan diana.. 

dan ini kami, yang sungguh merasa terharu dan bahagia atas kehadiran semua..! owhh tapi kenapa Jannah tuh muka comel semacam tuh.. ;p owh tudung mama tuh, first ime pakai tuh. fresh baru sampai from kak ayeem. try pakai tudung fashion baru. mula2 macam tak konfiden, tapi bila dah try, series selesa sangat2..

dah makan makan, bawak guest pegi mandi pool.. ok last sekali, bukak hadiah lah kan..! terima kasih semua yang meraikan. rayyan sangat gembira.. mama rayyan pun sangat gembira. terutamanya bila dapat jumpe kawan2 mama yang tak pernah bersua muka..

owhh dan akhir sekali, tgk lah anak dara saya nih, sudah 3bulan seminggu. makin comel. geramm tgk dia. tutup muke pulak shy shy.

love,
mama fathinz

No comments:

Lovely stories you might like

Blog Widget by LinkWithin