Pages

Sunday, June 20, 2010

{ al rayyan } Rayyan and atok, selamat hari bapa

Atok rayyan ada kes di mahkamah jb jumaat lepas. papa rayyan pegi kuantan main bola.. bile atok rayyan called cakap nak singgah rumah, rayyan gembira sangat. bukan rayyan je. mama rayyan pun. sekurang kurangnya tak lah bosan bertiga je kat rumah. ingatkan atok nak sleep over. tapi atok terpaksa balik sebab banyak kes lain kena siapkan..

Sementara mama hidang bubur kacang untuk atok, (owhh ya akhirnya saya berjaya buat bubur kacang yang sama rasa macam ummi saya buat. tapi ummi buat lagi sedapp).. atok solat. tetiba mama nampak rayyan ikot jemaah dgn atok.. mama cuci tgn capai fon, alaa dorg dah habis solat. so sempat lah curi curi snap gamba rayyan and atok berdoa, dan juga rayyan salam atok. sangat comel.
Rayyan tinggal di jb, atok and nenek kat seremban.. kadang2 sebulan sekali kami balik kampung, kadang2 dua minggu sekali.. so bila atok, nenek dan makcik2 yang lain datang jb, rayyan mmg lah sangat gembira. bila atok nak balik, rayyan taknak salam. mungkin belum puas main dengan atok kot. macam merajuk sikit. untuk atok, Happy Father's Day.

Masa ayah saya tau saya kena beli kamera utk subject photography, kami sama sama ke Pertama Complex, ayah belikan kamera. masa tu rasa terharu dan berazam, kena belajar betul2 sebab ummi ayah dah belanja banyak untuk study saya.. lepas tuh ayah hadiahkan buku "The Black and White Handbook", dah beberapa hari dapat, baru saya perasan ada tampal gambar saya masa kecik dalam buku tuh..



Dah 10 tahun dah buku tuh.. maknanya dah 10 tahun juga saya dalam dunia photography. wahhh. cepatnya masa berlalu. ummi dan ayah saya selalu berusaha memberi yang terbaik utk anak anak meraka.. saya selalu berdoa, bila rayyan besar nanti, dia juga akan jadi orang berguna yang membahagiakan kedua ibu bapanya. 

owhh ya, dan saya akan buatkan pelamin paling indah untuk anak2 saya nanti. haha. mari berangan. jauh lama lagi kan..?

No comments:

Lovely stories you might like

Blog Widget by LinkWithin