Pages

Saturday, June 19, 2010

{ al jannah } Jannah is 3 months, 2 weeks and 2 days

Adik saya called.
"Along, apesal kat header blog takde gambar Jannah"
"Adelah.. gamba rayyan main ngan dia.."
"Along tak sayang Jannah kan.."
"Ehh mestilah sayang. anak gegirl tuh. bestfrend nanti. gamba jannah tak banyak camera along. banyak camera fon jer.. header tuh represent babywearing, cloth diaper, homeschool, ngan breastfeeding.. so banyak rayyan je. nanti along nak edit tuh"
"Kat blog pun tak banyak gambar jannah"
"Dia kan girl, kena lah shy shy.."
;p
Ni gambar first time Jannah ke masjid. Lepas makcik nih pangku dia, ramai yang lain datang tengok Jannah. Malam birthday abang dia. Alhamdulillah. Saya berazam, every birthday rayyan, dia akan sekurang2nya solat maghrib di masjid.. Rumah lama betul2 sebelah masjid. Masjid bandar baru uda. Selalu rabu malam atau papa balik keje lambat, saya bawak rayyan solat jemaah di masjid. Rumah baru nih kena naik kereta nak ke masjid.. Azan pun tak dengar dari sini. Tak sabar nak tunggu surau baru sebelah apartment nih beroperasi. Mesti seronok bawak rayyan.
Jannah sekarang dah pandai macam-macam. Siang tadi bawak ke jusco, wrap dah nak tengok ke luar je. pandang pandang orang. Pandang pandang atas.. dah pandai panggil2 mama dia. Kalau dia nak susu, atau dah wet, cara dia nangis dah boleh tahu. Kalau mandikan dia, kaki kepak kepak seronok. Abang rayyan pun dah mula nak ajak main. Dorg selalu mandi sama2. Nanti rayyan akan tolong sabunkan adik dia. Bahagia. 

Kalau saya tengah leka buat kerja kerja rumah, nanti rayyan akan pegi kat adik dia, ajar adik dia "nenek", "atok", "ateh", "wawa", "maksu".. tapi saya tanamkan azam, perkataan pertama dari jannah perlulah "ALLAH"..

Saya akan cuba hari hari baca Quran dengan pangku Jannah. Baca storybooks untuk dia.. Borak dengan dia macam borak dengan orang besar. Memang dia tak pandai lagi, tapi dia paham apa yang kita bualkan.. Nanti muncung muncung mulut jannah borak. Jannah rajin bercakap sikit dari abang rayyan. Badan pun dah macam nak pusing pusing sikit.. Seronok sangat layan mereka berdua. 

Jannah dah pandai capai capai. Kalau ada kain kat tepi dia, mesti dapat capai. Mainan mainan dia pun, dia dah pandai interact. Genggaman tangan dia pun dah erat. Selalu tarik tudung mama. Kalau saya menyusukan dia, saya selalu pastikan perhatian sepenuhnya untuk dia. Pegang tangan, genggam, usap2 kepala, urut urut kaki dia.. 

Buatkan saya rasa mahu ramai anak lagi!


2 comments:

mariaariffbaby.com said...

bila ada sepasang anak2..kasih sayang ibu tuh makin menebal kan..

fathinz md nor said...

tu lah intan.. mcm tak larat bab nk jaga. tp bab sayang tuh wat sumer penat ilang..

Lovely stories you might like

Blog Widget by LinkWithin