Yups, sangat susah nak convince encik suami untuk wrap. bukan dia tak suka, malas mungkin.. ;p Alasan biasa, nak pegang rayyan lah, nak drive lah.. so saya juga yang kena wrap jannah.
Sabtu lepas, sehari sebelum party rayyan, saya ada photography job. Ambil gambar majlis bertunang. Sebenarnye memang dah lama tak ambil gambar majlis kahwin atau tunang. Tapi sebab majlis nih kat JB, so saya setuju.. Nak tak nak, encik suami kena ikot dan jaga anak2.. Saya dah lama tak buat stok susu dan tak mengepam. Sebab selalunya tak sempat nak pam pun, anak2 dah kiri kanan dua dua every few hours nak menyusu..
Mula mula diorg duduk dalam kereta. Dah ajak turun, segan kot. So lama2 jannah dah start tak selesa. Panas mungkin.. Rombongan lelaki belum sampai. So lari ke kereta, nak menyusukan Jannah. Dia taknak pun. Encik suami bagi cadangan nak ke McD. Menarik tuh. Tapi macamana nak drive dengan Jannah, dengan Rayyan, tanpa carseat( carseat dah kena curik bersama kereta).
"Apa kata mama wrap jannah pastu shoot.."
"Ehh mana boleh. kang ape makcik2 tuh cakap.."
"Apa kata papa yang wrap Jannah.."
Jadi sollutionnya adalah wrap. Ya, keputusan yang sangat bijak..! Jannah terus berhenti menangis, and they all have fun 3 jam lebih kat playground McD tuh.. Owh, dan mulai esok, wrap hitam nih akan jadi milik encik suami.. Sebab my fushia wrap is here..! Kalau encik suami tak perlukan, mungkin nak letgo yang hitam. Any takers..?
Love,
Mama Fathinz
No comments:
Post a Comment