Pages

Friday, July 30, 2010

{ homeschool } rumah cinta kami


Selepas baca entry farah, saya terus dapat idea nak buat playhouse untuk rayyan. sebelum nih memang terfikir, tapi takut nak suarakan kat encik suami, takut dia cakap semak rumah. tapi saya silap. bila saya cakap saya nak carik kotak, memang rezeki hari yang sama, kat lobi ada orang tengah turunkan mesin basuh dan petiais dari lori. kebetulan apartment baru nih ramai yang beli barang2 baru.. jadi saya suruh mereka simpankan dalam bilik maintainance.. bila kami nak ambik kotak tuh keesokan hari, makcik2 cleaner dah buang kotak tuh. frust.

Esoknya, encik suami bawak balik kotak besar.. wow..! saya senyum sampai telinga. terus tanya mana cutter. rayyan lari2 gembira.. tak sangka sangat yang encik suami pun sama excited macam saya. dia terus buatkan rumah kotak ini, (dengan dibantu oleh rayyan yang cube ketuk2, tampal2 macam papa dia tengah buat).
Esoknya lagi, encik suami buat makeover kat rumah nih. letak masking tape supaya atap dia tak terbuka, dan lebih kemas. mula mula saya fikir nak cat kotak nih. then saya rasa balut kertas warna lagi menarik.. tapi lepas balik tengok cerita Toy Story, rasa warna kotak ni lagi sentimental value lah..! 

.
.
.
.
tuk tuk tukk.. assalamualaikum.. come in..!
Sekarang, rumah kotak ini lah tempat rayyan baca buku, berkelah, main ball baling2 dari dalam ke atap.. hee. comel lah kamu ni.

Kalau teringat balik muka sang anak yang sangat gembira, lari sana sini, masuk keluar rumah tuh, baling baling bola dari tingkap yang belum siap, memang sangat membahagiakan..! ya, inilah rumah cinta kami..

rumah CINTA kami..

ps: holiday tomorrow..! semoga kami selamat pergi dan kembali.

love,
mama rayyan

6 comments:

Azurah Anuar said...

haritu masa kitorang beli washing machine baru pun ada jugakla saya simpan kotak buat playhouse. memang bagak dan semak rumah.

buat as you said, memang seronok la budak2 main,

tapi sebab kotak tu kan kertas, lama-lama lunyai.

terus tak berganti rumah yang roboh tu.

seronokkan?

Fathinz the wedding planner said...

tu lah wawa, best kan.. now kalau the father balik keje je sure nak suh masuk rumah dia dulu.. kalau petang2 pun sure "mama masuk umah ayan.." we both akan read storybooks, alfurqan, flash card sume dalam tuh. main puppet. but i think nak mintak papa dia pasangkan lampu pulak la.. biar ade lighting dalam rumah tuh ;p

intanmaria said...

omg..
creative nya!!

well done dear!
__________________________
http://mariaariffbaby.com

Unknown said...

salam..tumpang tanya.ada baca dalam komen yang kak ada beli kipas kdk dari direct supllier.. kat mana tu ek akak amik? boleh bg no tel or adress

tomei said...

hi fathinz..saja blog hopping sebelum mandi nak g kerja.. eheheh.. bestnye ada group utk breastfeeding mother..(one of the breastfeeding mother too.. ngeh..ngeh..ngeh..)tapi unfortunately kat cni takder group macam tu..uhuhuh.. and the playhouse is such a guwd idea... wanna built for my daughters too gak la...kompem excited bebudak tu..kekeke..okie..just drop by my blog ya..suke tambah kawan..especially like you...have a gud day dear!

PUAN THALHA : said...

kreatif! tapi kan , kalau di warnakan kotak tuh, pasti lebih menarik! :)

Lovely stories you might like

Blog Widget by LinkWithin