Pages

Friday, November 5, 2010

{ breastfeeding } Susuibu.com International Lactation Conference

seriously. hati meronta2 mahu update blog.
but sangat blank. Alhamdulillah. semalah dah submit final draft thesis.
viva on the 15th. kul 2 petang. doakan ok. berdebar nih..!
hey, btw. nih gambar pejuang2 susu ibu.
hongkong-thailand-indonesia-malaysia.
kat SILC 2010. sayang pix tak banyak sebab bateri camera kong.
dan berhari2 carik tak jumpe jugak..
ok abis submit thesis, janji update selalu ok?

Friday, October 15, 2010

{ family } kehidupan baru, pastinya lebih indah

dari nak ucap salam ramadhan, sampai dah habis hari raya.. tak usik2 blog nih.. ada kawan2 yang dah tau, fathin dah berpindah dari JB ke Shah Alam.. yeah. selamat datang ke Klang Valley. Selamat datang ke traffic jam.. ;)
Baru mahu seronok merasa hidup di rumah sendiri, saya dan suami bersetuju utk pindah ke Shah Alam. banyak perkara2 yang telah difikirkan masak2 sebelum sebarang persetujuan dibuat. bukan senang bulan 1 pindah rumah beli, kemudian bulan 9 berpindah lagi..
pastinya, tiap sesuatu ada hikmahnya. kami bahagia. sungguh bahagia.. rayyan dan jannah juga makin gembira. keluarga juga pastinya. hampir tiap minggu, kami boleh bertemu ibu ayah, nenek atok, dan makcik2 rayyan..
pakcu dan makcu antara org terawal menziarahi datang berhari raya di rumah kami.. seronok melihat kami sepupu2 bermain bersama.. tak sabar utk cuti sekolah. nak bawa anak2 pakcu tidur rumah rayyan ok..!
anak2 dara dah semuanya..

owh, dan jangan lupa, kalau nak renovate rumah ke, interior ke, cat rumah ke, bina rumah ke.. call papa ngan mama rayyan tau..! nanti rayyan datang ukur rumah naik basikal atas ranger. ;)

love,
mama al rayyanz

Friday, July 30, 2010

{ homeschool } rumah cinta kami


Selepas baca entry farah, saya terus dapat idea nak buat playhouse untuk rayyan. sebelum nih memang terfikir, tapi takut nak suarakan kat encik suami, takut dia cakap semak rumah. tapi saya silap. bila saya cakap saya nak carik kotak, memang rezeki hari yang sama, kat lobi ada orang tengah turunkan mesin basuh dan petiais dari lori. kebetulan apartment baru nih ramai yang beli barang2 baru.. jadi saya suruh mereka simpankan dalam bilik maintainance.. bila kami nak ambik kotak tuh keesokan hari, makcik2 cleaner dah buang kotak tuh. frust.

Esoknya, encik suami bawak balik kotak besar.. wow..! saya senyum sampai telinga. terus tanya mana cutter. rayyan lari2 gembira.. tak sangka sangat yang encik suami pun sama excited macam saya. dia terus buatkan rumah kotak ini, (dengan dibantu oleh rayyan yang cube ketuk2, tampal2 macam papa dia tengah buat).
Esoknya lagi, encik suami buat makeover kat rumah nih. letak masking tape supaya atap dia tak terbuka, dan lebih kemas. mula mula saya fikir nak cat kotak nih. then saya rasa balut kertas warna lagi menarik.. tapi lepas balik tengok cerita Toy Story, rasa warna kotak ni lagi sentimental value lah..! 

.
.
.
.
tuk tuk tukk.. assalamualaikum.. come in..!
Sekarang, rumah kotak ini lah tempat rayyan baca buku, berkelah, main ball baling2 dari dalam ke atap.. hee. comel lah kamu ni.

Kalau teringat balik muka sang anak yang sangat gembira, lari sana sini, masuk keluar rumah tuh, baling baling bola dari tingkap yang belum siap, memang sangat membahagiakan..! ya, inilah rumah cinta kami..

rumah CINTA kami..

ps: holiday tomorrow..! semoga kami selamat pergi dan kembali.

love,
mama rayyan

{breastfeeding} SGM pertama Johor Bahru

kawan kawan, JOM..!

Tuesday, July 13, 2010

{ homeschool } play with the dough




saya sedang baca buku 'Know Your Child' by Dr Miriam Stoppard, tiba2 rayyan nampak gamba plastesin. "Mama nak doh.. mama nak doh..." terus ajak maih doh.


Tuesday, July 6, 2010

{ cloth diapering } Ber- cloth diaper semasa vacation


Macam tak percaya je. tapi percaya lah. sepanjang tiga hari bertraining, saya berjaya clothdiapering Jannah sepenuhnya..
haaa.. ni hasilnya cd yang dah dibilas, stok 3 hari..

Mula mula rasa nak beli jer disposable sebab fikir sure leceh, etc.
then fikir balik, kang Jannah alah lagi, sama jugak.. senang je..
1. plan nak kemana. Melaka. tidur hotel.
2. berapa hari. so sebab fathin 3 hari, fathin bawa 16 cd. (semua itu je yang ade dalam stok).
3. sebab perjalanan naik kereta, so tak problem sangat bawak lebih.
4. bila setiap tukar diapers, just bungkus macam disposable biasa, put in wetbeg. sebab wetbeg takde, pakai je recycle beg yang mcm plastik.
5. sblm nih fathin buang jugak nasjis and keringkan kalo balik kampung. but this time bungkus je terus masukkan. Jannah full breastfeed, so takde problem tak berbau pun najis dia.
6. sampai rumah, malam tuh terus bersihkan just guna paip aliran air yang kuat, najis akan tertanggal..
7. masuk dalam mesih basuh, letak sedikit detergent. (nanti fathin entry on detergent ok)
sebab ade 16 kpg nak wash, saya buat 2 kali cucian. 8 each, utk memaksimakan kuasa pembersihan..
8. pastu jemur.
sangat simple and senang. kawan2 yang saya janji nak up on washing solution, nanti yer. belum take pix lagi.

love,
mama fathinz

Monday, July 5, 2010

{ breastfeeding } Malaysian Breastfeeding Peer Counselor Training

Alhamdulillah.. Berkat restu encik suami, saya dan 34 rakan2 lain telah berjaya menamatkah training MBfPC southern region.. sangat padat dengan ilmu baru.. sangat sangat ramai kawan baru.. sangat gembira dengan tekad baru.. sangat penuh dengan harapan..

semoga susuibu dijadikan 'FASTFOOD' number satu didunia..! cepat, mudah, senang..! sesungguhnya kalau bayi kita diberi pilihan, tentu mereka akan memilih susuibu..
ini adalah kami kami yang berjaya menamatkan training 3 hari..
ini adalah Jannah dan rakan baru dia..
dan ini adalah suami suami yang supportive sepanjang 3 hari berlangsungnya program ini. mereka lah yang menjaga anak, drive ke melaka, belanja penginapan, belanja makan ikan bakar, tengok argentina vs german sama.. dan paling penting, memberi sokongan dan dorongan..

semoga selepas ini, kami dapat mempromosi dan membantu ramai lagi rakan rakan supaya menyusukan anak anak mereka dengan susuibu - sepenuhnya... fully breastfeeding selama 6 bulan, dan meneruskan sehingga 2 tahun (ditambah dengan makanan pejal yang disediakan sendiri dirumah.. homemade solid food)..

owhh, dan tak lupe.. PCPA yang bertungkus lumus siang malam berkongsi ilmu dengan kami.. miss you all dah nih..

banyak nih nak share..! satu satu ok.

love,
mama fathinz

Lovely stories you might like

Blog Widget by LinkWithin