Akhirnya setelah survey beberapa buah taska, tadika, child enrichment centre etc.. akhirnya Rayyan sendiri telah memilih sekolah ini.. Rayyan panggil sekolah nih. "School cantik" "school ada fish"..
sebagai ibu, memilih 'playschool' untuk anak kecil berusia 2 tahun setengah bukanlah suatu perkara yang mudah. macam2 jenis taska kami masuk. berminggu2 mama search online testimoni. tapi yang satu ini, recommended by my dear friend, Sakina.
sebagai ibu, memilih 'playschool' untuk anak kecil berusia 2 tahun setengah bukanlah suatu perkara yang mudah. macam2 jenis taska kami masuk. berminggu2 mama search online testimoni. tapi yang satu ini, recommended by my dear friend, Sakina.
Hari pertama, mama pun tumpang jadi cikgu. rayyan pegang kain ke mana mana. saya tunggu rayyan smpai jam 10.30 pagi. hari kedua, sampai jam 10 lebih skit. hari ketiga, jam 9.30.. makin lama rayyan makin ok.. Alhamdulillah. setiap malam, dia bersemangat utk ke sekolah. tapi bila tiba waktu pagi, mulalah menangis taknak pakai uniform, taknak turun kereta.
Hari kedua sekolah, ada sedikit rasa sangsi hati seorang ibu. perasaan rasa rayyan terlalu kecil utk disini. ada juga rasa kasihan. ada juga rasa mana 'islamic' seperti yang dijanji. ada juga rasa boleh ke auntie2 disini membelai rayyan seperti mama.. setiap malam, saya bgtau suami boleh ke kalau rayyan tak perlu sekolah. tapi ini juga bermakna saya tak dapat bekerja.
Hari ketiga, saya called kawan mengadu. saya msg kawan lagi sorang utk menyatakan rasa hati. dalam diri, rasa masih terlalu awal utk judge..
Hari keempat, rayyan balik sekolah memberitahu, "nama school, Nuhs Ark.." "nama teacher, auntie fiza dan uncle amar". dah boleh baca doa itu ini.. dan dah boleh macam macam lagi.. owhh ya, dan sudah boleh chicken dance.. (ok walaupun saya rasa part ni saya paling tak suke..)
Saya hantar rayyan hari hari, without fail. walaupun hati ini sangat berat. semakin hari, nampak ketara banyak sangat perubahan positif rayyan di rumah. hati mama semakin gembira. Alhamdulillah.
Buat masa ini, inilah sekolah yang terbaik buat rayyan, kerana dia gembira.. mama pun tumpang gembira. auntie2 yang sangat penyayang, lemah lembut, bersopan santun, semualah yang baik baik. mama suke.
papa rayyan. tak kesah. sume pun dia ok jer. huhu.
love,
mama al rayyan
No comments:
Post a Comment