Pages

Friday, June 18, 2010

{ Babywearing } Bila encik suami wrap, segak kan?

Encik suami, sesungguhnya kamu makin kacak bila wrap..
Yups, sangat susah nak convince encik suami untuk wrap. bukan dia tak suka, malas mungkin.. ;p Alasan biasa, nak pegang rayyan lah, nak drive lah.. so saya juga yang kena wrap jannah. 

Sabtu lepas, sehari sebelum party rayyan, saya ada photography job. Ambil gambar majlis bertunang. Sebenarnye memang dah lama tak ambil gambar majlis kahwin atau tunang. Tapi sebab majlis nih kat JB, so saya setuju.. Nak tak nak, encik suami kena ikot dan jaga anak2.. Saya dah lama tak buat stok susu dan tak mengepam. Sebab selalunya tak sempat nak pam pun, anak2 dah kiri kanan dua dua every few hours nak menyusu..

Mula mula diorg duduk dalam kereta. Dah ajak turun, segan kot. So lama2 jannah dah start tak selesa. Panas mungkin.. Rombongan lelaki belum sampai. So lari ke kereta, nak menyusukan Jannah. Dia taknak pun. Encik suami bagi cadangan nak ke McD. Menarik tuh. Tapi macamana nak drive dengan Jannah, dengan Rayyan, tanpa carseat( carseat dah kena curik bersama kereta). 
"Apa kata mama wrap jannah pastu shoot.."
"Ehh mana boleh. kang ape makcik2 tuh cakap.."
"Apa kata papa yang wrap Jannah.."
Jadi sollutionnya adalah wrap. Ya, keputusan yang sangat bijak..! Jannah terus berhenti menangis, and they all have fun 3 jam lebih kat playground McD tuh.. Owh, dan mulai esok, wrap hitam nih akan jadi milik encik suami.. Sebab my fushia wrap is here..! Kalau encik suami tak perlukan, mungkin nak letgo yang hitam. Any takers..?

Love,
Mama Fathinz

{ homeschool outing } Argentina vs Toy Story3

Heheee.. kejap iklan bola sikit ek. Kan ke sekarang demam bola. Dah berapa hari tidur 3, 4 jam je demi world cup.. Saya memang dari dulu sokong Argentina. Zaman2 Gabriel Omar Batistuta, hat trick masa lawan Jamaica 1998. Skrg tentulah Messi..! Kalau nak ingat world cup zaman sekolah asrama, memang banyak betul pahit manisnya. Hampir2 nak dapat cuti2 free seminggu sebab tengok bola kat library. {saya dan encik suami pun jatuh cinta pada hari sukan di padang bola..}

Sekarang dah ada anak kecil, tak boleh dah nak keluar malam2 bersama encik suami tgk bola kat mamak, kat danga bay.. Untuk al rayyan, semangat bola memang dah tanam dari kecil lagi. Kalau encik suami ada training, kami akan duduk di tepi padang bagi sokongan. Sambil tunggu, rayyan akan main bola bersama mama ;p Bagus tanamkan semangat kesukanan dari kecil. Semoga rayyan sentiasa fit macam papa dia. Rayyan pulak sekarang, macam ade hobi kumpul bola. Pantang masuk AlEhsan, mesti tak lepas satu bola. Kat rumah ni je dah ade 7 koleksi bola rayyan. Tapi, bak status FB kawan saya tadi, bola bola jugak. Solat pada waktunya jangan lupa ya..! 

Semalam ade match penting Argentina vs South Korea. Saya pulak terlupa, dah plan awal2 dengan rayyan nak tengok Toy Story3 lepas papa balik kerja. So semalam, papa rayyan tengok world cup dalam wayang kat iphone. Heee. Thanks ya papa, demi anak kan.. ;p

Toy story3 is a great movie lah..! Handsome sangat Andy dah besar. Rayyan suka sangat. Nak kena carik vcd Toys Story1&2 lah for rayyan..


Tapi tadi, German vs Serbia. Apesal lah boleh kalah..! 

Love, 
Mama Fathinz

{al rayyan } surat cinta buat rayyan

sempena birthday rayyan harituh, 
rayyan dapat surat cinta from makteh dia..

it was a good one indeed..

buat rayyan yang makteh cinta.

semoga dalam sihat penuh redha tuhan hendaknya.

makteh rindu sangat kat awak. makteh dah tak dapat nak datang johor tiap-tiap minggu lagi. makteh sibuk dengan kelas sekarang. makteh pergi kelas supaya nanti bila rayyan dapat sepupu, makteh boleh ajar rayyan dan anak-anak makteh tu. jadi anak yang baik, jadi insan sebenar-benar insan.

hari ini besday rayyan ye? makteh minta maaf. makteh tak belikan hadiah pun lagi. duit makteh habis duk bagi makan kat makcik-makcik awak kat rumah tu. kad maybank makteh pun sengal.

rayyan sayang,
makteh ingat lagi hari kamu dilahirkan. oh, sebelum tu..hari makteh tahu mama kamu mengandung. seronoknya hati makteh. kecut perut pun ada. macam makteh yang mengandung ada baby dalam perut. bila tengok ultrasound awak yang mama tunjuk. makteh dah nak nangis dah. tapi makteh kontrol macho. apa barang dapat makteh tak rock kan?

sampai lah ke hari awak lahir. tak senang duduk makteh tunggu kat hospital tu. makteh dengan nenek duk sibuk jadi makcik2. cari air kelapa lah apa lah untuk mama awak. makteh bagi mama buku kecil asma al husna. makteh tahu mama awak banyak baca quran waktu mengandungkan awak. makteh nak awak lahir pun disebut-sebut nama-nama allah. makteh eksaited sangat dah waktu tu. atok awak dari klang pun datang naik teksi nak hantar air selusuh.

ok, mari baca versi penuh disini..

Tuesday, June 15, 2010

{al rayyan } the very happy, birth-day ;p

fuh. berhari2 mama tulis entry ni tak publish2. susah sangat nak karang ayat. ;p apapun, saya adalah sangat happy bila tgk wajah anak bujang saya gembira. 
paling comel, hari2 nyanyi "beday to youuu.. bedayy to you.."

sebab rayyan sangat comel nyanyi2 lagu birthday sendiri, papa siap cancel football game dia, balik cepat nak ajak makan kek. so kami ke secret recipe. mama pilih cheese caramel. wow sangat sangat lazat tau. nih first time try makan. memang sedap.

yeahh.. tengok.. rayyan boleh tiup lilin.. ;p

dan pada hari Ahad, we had another small celebration with family and friends. 
plan hari khamis, hari ahad dah terus nak party.. saya tak sempat pun nak decorate lebih2, nak buat invitation cards semua.. Invite pakai facebook je lagi berkesan heee. Alhamdulillah the party went well. 

Tahun ni memang tak plan nak buat party, sebab kang dah buat masa setahun, dua tahun.. dah kena buat tiap2 tahun lah pulak.. Tapi bila fikir balik, tiap2 tahun pun takpe ;p Lagi ramai orang datang rumah, lagi meriah.. menjamu kawan2 makan adalah sangat membahagiakan.. semoga lebih ramai yang mendoakan kebahagiaan kita.. 

Rayyan sangat happy. Dari pagi sampai ke petang taknak tidur. Risau jugak kalau dia meragam masa nak potong kek nih. Tapi mungkin sebab tahu semua datang nak raikan dia, memang bahagia je muka dia harituh.. Masa aunty Teh and aunty Asa sibuk menggantung belon, rayyan pulak duk leka main dengan pinggan2 kertas nih..

party nih adalah tidak-dirancang-awal. hari khamis decide nak raikan, dalam 3 hari baru terkocoh2 saya menjemput, nak order sana sini.. ;p maaf sangat2 niat nak jemput kawan2 yang baca blog nih, tapi sempat update kat facebook jer.. 

rupanya, merancang majlis dalam sehari dua adalah possible..! saya penah merancang majlis kahwin Khai dalam hanya tempoh kurang sebulan. fuhh dan kali ini, harijadi rayyan dalam 2, 3 hari. Alhamdulillah. tema kali ini 2010 world cup south africa. oleh kerana takde sape nak terima order kek dalam 3 hari, paling senang beli lah Chocolate Indulgance Secret Recipe kan senang. dah tau konfem sedap. lepas tuh letak lilin 'Happy Birthday' yang beli since tahun lepas untuk harijadi encik suami, tapi saya masuk wad, lukis padang, letak coklat bola bola keliling, letak lilin player bola.. lilin tuh dua ringgit lapan posen, beli kat kedai buat kek.. tadaaaaa.. 

ok lah tu kan.. yang penting ikut tema.. lepas tuh boleh lah potong kek..

tak aci tak aci.. nanti birthday Jannah kena ada photographer lah.. selalu saya takde dalam gambar heehee.

lepas tuh rayyan bagi kawan kawan goodies. nih baby Qisya. mama dia jual baju online. Baju yang selalu Jannah pakai tuh..

nih pulak baby farah, kawan mama jumpe kat online jugak. first time meet up. mama dia toke cupcake.
ni family kak Ani, kenal kat facebook, jiran tingkat bawah.. toke kedai ubat kat plaza kotaraya.. kalau nak beli online pun boleh.. ;p

nih nenda and aunty min rayyan. datang jauh jauh from seremban.. thanks tau. ujung minggu ni datang lagi yer!
nih kawan saya kak fizie, and kawan2 office papa.. normah dan diana.. 

dan ini kami, yang sungguh merasa terharu dan bahagia atas kehadiran semua..! owhh tapi kenapa Jannah tuh muka comel semacam tuh.. ;p owh tudung mama tuh, first ime pakai tuh. fresh baru sampai from kak ayeem. try pakai tudung fashion baru. mula2 macam tak konfiden, tapi bila dah try, series selesa sangat2..

dah makan makan, bawak guest pegi mandi pool.. ok last sekali, bukak hadiah lah kan..! terima kasih semua yang meraikan. rayyan sangat gembira.. mama rayyan pun sangat gembira. terutamanya bila dapat jumpe kawan2 mama yang tak pernah bersua muka..

owhh dan akhir sekali, tgk lah anak dara saya nih, sudah 3bulan seminggu. makin comel. geramm tgk dia. tutup muke pulak shy shy.

love,
mama fathinz

Wednesday, June 9, 2010

{al rayyan} hadiah istimewa buat anak tercinta

alamak.. bile teringat dah nak harijadi anak, mulalah pening kepala fikirkan hadiah harijadi kan.. kalau duit ribu2 kat maybank2u tu boleh lah klik je order online.. hee. memandangkan mama rayyan dah 2 bulan bercuti dari WAHM, dah jadi SAHM je.. ape kite kite buat hadiah yang tak perlu cost tinggi.. mama buatkan rayyan rocket.. kalau nak beli rocket betul kan dah bejuta juta pulak.. ;p

saya dapat inspirasi dari vcd Noddy yang hari hari rayyan duk tengok tuh..
"I'm going to make a rocket.. I'm flying to the moon..
I'm going to make a rocket now.. zoom zoom zoooom zooomm zoooooom.."

"You want to make a rocket Noddy..?" 
" You need a cone.. and you need a tube.. and you need three fins"
" You need a cone.."
"Ice cream has cone.."
"Yeah.. a rubish bin.. No one wants this rubish bin"
"Now we need 3 fins.."

"This rocket cant fly.."
"Here are some magic powder.."

Tengok.. dah siap pun.. senang jer.. mama rayyan takde magic powder.. tatau nak beli kat mana.. ;p 
Onee.. Twooo.. Threee.. zooooooooommm
Rayyan tak perlukan magic powder pun.. 
Cost : 
Mr Potato tin : rm0.0
Double sided tape : rm0.0 (lebihan decor wedding mama)
Kertas warna : rm0.0 ( lebihan besday rayyan thn lepas)
Kegembiraan anak : Tidak terhingga ;p

Sudilah kamu menerima pemberian ibu yang tak seberapa nih yer sayang..

malam tuh, kami bawa dia makan2. sama juga di tempat tahun lepas dia sambut malam besday dia.. rayyan macam tahu je birthday dia, siap bawak camera lama yang dia dah buat mainan dia, and buku Peter and Jane dia..

Rayyan makan sangat banyak dan seronok tgk bola..

Love,
mama fathinz


Tuesday, June 8, 2010

{ al rayyan } Buat anak mama sayang, SELAMAT HARI JADI.

Selamat hari jadi, sayang.. Jadi anak soleh yer sayang..!
Terima kasih kerana menjadi peneman mama.. dikala kamu comel.. 

dikala hari pertama kamu merangkak dengan jayanya..
dikala kamu sudah boleh duduk sendiri, sangat gebu dan digerami ramai kerana menyusu susu mama..
dikala mama mahu ke kelas dan kamu masih menangis mahukan susu..

dikala mama sakit dan masuk wad juga kamu jadi peneman setia selama berhari hari, dan masih menyusu..
dikala kamu tidur kerana kekenyangan selepas menyusu..

dikala kamu mengamuk pun mama dukung dan sumbat menyusu terus diam..

dikala kita pergi membeli belah dan kamu jumpa bestfriend kamu Ajeng tanpa perlu membawa botol susu..
dikala orang sekeliling marah dan suruh kamu berhenti menyusu.. kerana mama sudah mengandung 3 bulan, kamu masih menyusu dan kamu masih belum boleh berjalan.. katanya jadi lembik akibat berkongsi susu.. kite abaikan kan..? dan kamu masih anak macho mama yang kuat kan..? comelkan gamba hari pertama kamu boleh berjalan dgn sendiri di hari convocation maksu..

Dah besar nanti ambil gambar mama banyak2 ya.. kesian mama asyik gambar Rayyan ngan papa ngan Jannah je banyak.. Rayyan kena sentiasa nampak comel dan muda tau. supaya mama jugak nampak mude.. ;p

Selamat ulangtahun kedua, sayang.. nanti kite beli kek yer. mama takde idealah, sorry tau mama tak tempah kek awal2. takpe nanti kite beli chocolate indulgance ok..!

Rayyan kena bersyukur dan berterima kasih pada Allah tau.. kerana diberi kekuatan pada mama untuk terus menyusukan kamu.. terima kasih juga pada papa yang memahami, memberi semangat dan membenarkan rayyan menyusu tak kira dimana2.. Ingat tak masa mula2 kamu dah menjerit2 kat Jusco, tapi papa suruh mama carik nursing room jugak.. Kadang-kadang mama nangis tau sebab sangat penat.. ataupun sbb sedih bila org sekeliling suruh berhenti menyusu kamu..ataupun sbb breast dah lembik tapi rayyan masih mahu menyusu.. dan paling sedih bila mama dah sangat lapar atau demam dan tak larat mahu masak, kamu masih mahu menyusu.. Terimakasih jugak pada kawan2 mama yang kagum kerana masih betah menyusu, kepada nenek dan family yang memberi semangat, kepada kawan kawan blog dan susuibu.com yang banyak memberi inspirasi agar mama terus menyusu.. Mama bersyukur dapat menyusukan kamu seawal 5min selepas kamu lahir, sehingga hari ini..

Rayyan dah besar, rayyan dah ade adik yang cantik.. terimakasih kerana selalu mengalah dan bagitahu mama bila adik juga mahukan susu.. Alhamdulillah, mama diberi kekuatan untuk menyusukan kamu selama 2 tahun.. 

Kalau nenek cerita papa kamu menyusu susuibu sampai 4tahun setengah.. ape kata Rayyan pecahkan rekod papa nak..? hehehhee.. 

Tapi sebenarnya mama agak penat lah Rayyan.. tapi mama takkan menghalang.. cume rayyan kan dah big boy.. Rayyan drink dalam cawan ok..?

Happy birthday sayang. terima kasih. kamu adalah nyawa mama.

Lot of love, hugs and kisses..
Mama

Saturday, June 5, 2010

{ Love } Al Jannah sudah 3 bulan, dan mama boleh paham ape dia cakap..!


Wow. Time flies. Pejam celik pejam celik dah 3 bulan anak dara saya.

 This is Jannah, at 3 months. Dah nampak ke gorjesan dia kan. At 3 month, 
- Jannah dah kenal mama dia. Sometimes dia nangis kuat sangat and only wants the mama.
- Dah pandai nak pusing pusing kiri kanan.
- Dah pandai cakap. Ajak berborak. Jannah cakap banyak ok.. Dia suke bile papa or mama or aunty min borak2, she will start talking, and i love this so much. I dah ajak dia shopping. Dia cakap ok. heee. Pandai gegirl mama.
- Dah pandai merengek2, and when i've tried everything, the only thing yang boleh buat dia diam is to wrap her. she love being in wrap. so much..
- Dah pandai respond to toys. tolak2 with kaki dia. loves music. loves bile mama dia ngaji kat dia, sure diam je. sometimes dia akan cakap2 macam paham ape yang mama dia ngaji.
- Dah pandai menturtle - angkat2 kepala everytime the mama nak paksa dia sleep, and she refuse, dia akan angkat2 kepala mintak dukung..
- Abang Rayyan pun dah pandai ajak Jannah main. siap main cak cak and nyanyi lagu twinkle2 little star kat Jannah..

and you know what mama bought for her 3 month birthday..?
.
.
.
.
.

A Graham Bear Wear One Size fitted diaper. Sangat tempting kan..? Thank to mama danial&eva for the review. Sungguh terpengaruh and this cute print membuatkan I have no excuse for not to cloth-diapering.. baru pakai satu kali, nanti i buat review ok..

Owh, I'm planning to makeover this blog, more on a knowledge-sharing blog instead of a diary. Yeah. Do watch out for the make-over yer.

As for a start, let me share with you how i communicate and understand what Jannah tries to converse with me. I started this since Rayyan is one month old, while watching Oprah.. and this really helps. The Dunstan Baby Language. 

The Dunstan Baby Language teaches you to hear exactly what your baby is communicating. As a parent, you will be able to interpret your infant’s sounds and cries – and respond to their needs quickly and effectively.

Every newborn communicates from birth to 3 months uses 5 distinct sounds that signal hunger, tiredness, need to burp, lower wind/gas and discomfort.  This is regardless of the language their parents speak.  It is not a learned language.  Rather, it is a natural way for every baby to express their physical needs.

The ‘words’ that form the basis of what we have called the Dunstan Baby Language, are sounds that are based on baby’s physical responses. These are called reflexes.  For example, when a baby is hungry it will start to suck, and as sound is added to the reflex, the ‘word’ for hunger is produced. These are the baby’s first communications, which occur before actual crying develops. The sooner the ‘word’ for hunger is identified the sooner a parent can respond by feeding, resulting in less crying and less discomfort for baby - and for parents.. 

Basically, I try to understand how Jannah cries by the NEH, EH, HEH, EAIRH, OWH sign that she does. I did not buy the DVD, but instead belajar from youtube. You can find it, here ;p

Neh paling senang nak faham.. bile lidah baby mcm ke atas skit.. means dia dah lapar and need to be fed. Eh means dia tak selesa, nak burb or dukung tegak, head up. Heh means dia nak change, biasanya with kaki tendang tendang sekali.. sometimes this also means Jannah feels sejuk ke, panas ker..  Eairh means perut dia tak selesa, biasanya I will put Jannah meniarap or put in my lap, sambil urut2 belakang dia.. Owh means dia ngantuk. sometimes need to be feed, sometimes letak kat tilam tepuk2 dah boleh sleep. Try it..! 

You can download the free info here and here.. 

Good Luck.. and happy listening..!

Love,

mama fathinz 



Lovely stories you might like

Blog Widget by LinkWithin