Pages

Tuesday, July 13, 2010

{ homeschool } play with the dough




saya sedang baca buku 'Know Your Child' by Dr Miriam Stoppard, tiba2 rayyan nampak gamba plastesin. "Mama nak doh.. mama nak doh..." terus ajak maih doh.


Tuesday, July 6, 2010

{ cloth diapering } Ber- cloth diaper semasa vacation


Macam tak percaya je. tapi percaya lah. sepanjang tiga hari bertraining, saya berjaya clothdiapering Jannah sepenuhnya..
haaa.. ni hasilnya cd yang dah dibilas, stok 3 hari..

Mula mula rasa nak beli jer disposable sebab fikir sure leceh, etc.
then fikir balik, kang Jannah alah lagi, sama jugak.. senang je..
1. plan nak kemana. Melaka. tidur hotel.
2. berapa hari. so sebab fathin 3 hari, fathin bawa 16 cd. (semua itu je yang ade dalam stok).
3. sebab perjalanan naik kereta, so tak problem sangat bawak lebih.
4. bila setiap tukar diapers, just bungkus macam disposable biasa, put in wetbeg. sebab wetbeg takde, pakai je recycle beg yang mcm plastik.
5. sblm nih fathin buang jugak nasjis and keringkan kalo balik kampung. but this time bungkus je terus masukkan. Jannah full breastfeed, so takde problem tak berbau pun najis dia.
6. sampai rumah, malam tuh terus bersihkan just guna paip aliran air yang kuat, najis akan tertanggal..
7. masuk dalam mesih basuh, letak sedikit detergent. (nanti fathin entry on detergent ok)
sebab ade 16 kpg nak wash, saya buat 2 kali cucian. 8 each, utk memaksimakan kuasa pembersihan..
8. pastu jemur.
sangat simple and senang. kawan2 yang saya janji nak up on washing solution, nanti yer. belum take pix lagi.

love,
mama fathinz

Monday, July 5, 2010

{ breastfeeding } Malaysian Breastfeeding Peer Counselor Training

Alhamdulillah.. Berkat restu encik suami, saya dan 34 rakan2 lain telah berjaya menamatkah training MBfPC southern region.. sangat padat dengan ilmu baru.. sangat sangat ramai kawan baru.. sangat gembira dengan tekad baru.. sangat penuh dengan harapan..

semoga susuibu dijadikan 'FASTFOOD' number satu didunia..! cepat, mudah, senang..! sesungguhnya kalau bayi kita diberi pilihan, tentu mereka akan memilih susuibu..
ini adalah kami kami yang berjaya menamatkan training 3 hari..
ini adalah Jannah dan rakan baru dia..
dan ini adalah suami suami yang supportive sepanjang 3 hari berlangsungnya program ini. mereka lah yang menjaga anak, drive ke melaka, belanja penginapan, belanja makan ikan bakar, tengok argentina vs german sama.. dan paling penting, memberi sokongan dan dorongan..

semoga selepas ini, kami dapat mempromosi dan membantu ramai lagi rakan rakan supaya menyusukan anak anak mereka dengan susuibu - sepenuhnya... fully breastfeeding selama 6 bulan, dan meneruskan sehingga 2 tahun (ditambah dengan makanan pejal yang disediakan sendiri dirumah.. homemade solid food)..

owhh, dan tak lupe.. PCPA yang bertungkus lumus siang malam berkongsi ilmu dengan kami.. miss you all dah nih..

banyak nih nak share..! satu satu ok.

love,
mama fathinz

Friday, July 2, 2010

{ parenting } "Mama, rayyan nak eat.."


This is a great book by Wardina. Go get it...! Nanti saya review yer.. Sebagai seorang ibu, saya sedaya upaya memberi yang terbaik untuk anak2 saya.. Saya akan cuba masak makanan berkhasiat untuk rayyan, and no no to junk food. Kalau paling malas pun, ambik brockoli letak dalam periuk nasi yang ada nasi yang dah masak, panaskan.. bagi rayyan buat macam makan gula2.. he loves it. dia suka isap2 kemanisan brockoli tuh.
Ok, saya harus tidur sekarang. esok sambung lagi mbfpc.. kat melaka nih..
later ok.

love,
mama fathinz

Monday, June 28, 2010

{ homeschool } fun at the pool

Alhamdulillah, sejak berpindah ke apartment baru ini, saya berpeluang membawa rayyan ke swimming pool sekurang kurangnya seminggu 2 kali.. kadang-kadang bila air kolam tu memanggil manggil, selalu jugak pergi.. lagi lagi bila kolam tuh boleh nampak je dari balkoni..

Bila jannah lahir, aktiviti berenang di swimming pool dah makin berkurang, selalunya saya di rumah, encik suami sorg yang akan bawa rayyan. bila habis pantang, saya ikut turun tetapi jarang dapat berendam kerana menjaga jannah yang masih kecil.. jannah sudah 3 bulan dua minggu, saya sudah makin bersedia, jadi saya dan encik suami membawa jannah ke pool.
Kebetulan, ummi saya msg, suruh carik kat youtube cara2 ajar baby berenang. banyak katanya. kalau sebelum ini, saya akan letakkan jannah di tepi kolam, tapi jumaat lepas, kami bawa jannah bergembira dalam pool.. mula2 saya risau jannah akan kesejukan. hehee tapi saya silap. jannah sangat seronok. setiap kali cuba bawak jannah naik, dia akan menjerit, goyang2kan kaki.. tanda mahu main air lagi.. kali ini, saya letakkan jannah dalam wrap.. kerana saya rasa lebih selamat. hari ini, saya nak start ajar jannah berenang.. klik sini untuk tengok video mengajar bayi berenang. dari pembacaan, rata2 org puteh mengajar bayi mereka berenang seawal 2bulan. kalau 3 bulan dah kira lambat tuh.. hehe. jannah dah nak masuk 4 bulan pun.. rayyan first swimming masa 5 bulan..

Mengapa berenang adalah baik untuk bayi..?
Berenang adalah satu2nya aktiviti yang memberi kebebasan (independent) kepada bayi, sebelum merangkak dan berjalan, dimana mereka mempunyai daya reflex. air akan menyokong badan mereka, dan bayi boleh menggerak gerakkan kaki dan tangan dalam air sepertimana mereka mahu. mereka akan belajar mengapungkan badan dan bernafas dengan betul.

Cara mengajar bayi berenang..
1. Swim position - Basic position and used in many routine
2. Neutral position - Baby is vertical, hold by your hands under the armpit.
3. Back floting - Macam kita support masa mandi, support with your hand under the baby's head. Bila dah confident, slow2 lepaskan.
Gambar2 nih dari sini.. juga boleh belajar dari sini, sini dan sini.. Ya, swimming is fun..! mesti dah besar macam abang rayyan nanti jannah dah pandai "nanak balik, nak swim.." kamu kamu, jom berenang..!
Tengok lah princess saya terus tidur lena lepas berenang..

Love,
mama fathinz

Wednesday, June 23, 2010

{ homeschool } memperkenalkan seni dan kraf kepada kanak-kanak

my dad was an art teacher. ya. cikgu senilukis dan cikgu disiplin. hehee. garang tau. masa saya kecil, ayah selalu lukis gambar jug, buah pear dan buah epal. setiap kali mintak ayah lukis, dia akan lukis lukisan yang sama.. ummi cakap, lukisan tuh dari awal kawen sampai dah anak 10, masih yang tu jer.. heee. ayah sangat menyokong saya yang minat seni. masa saya mula2 ambik creative multimedia, ayah beri saya buku2 seni simpanannya.

masa sekolah rendah, saya selalu nangis kalau tak siap homework lukisan. saya memang suka melukis, tapi malas nak siap on time.. ummi lah yang akan teman saya stay up sampai kul 10malam, siapkan homework senilukis. ummi jugak yang ajar warnakan background pakai kapas kaler biru lembut kalau nak lukis gamba pemandangan, kena lukis bulat pastuh ade garis tengah, ade garis 2 vertical kalau nak lukis gambar muka orang. jadi, minat pada seni saya telah dipupuk oleh kedua ibu bapa saya sejak saya kecil lagi.
untuk rayyan, saya yakin setiap kanak2 dilahirkan creative. semasa dia beberapa bulan, saya rajin bawa dia ke pameran lukisan, balai senilukis negara dan tunjukkan dia lukisan2.. saya mahu dia explore dari kecil lagi. saya yakin ibubapa berperanan untuk membentuk sikap cintakan seni dalam diri anak-anak. setiap kali aktiviti seni, rayyan memang suka dan teruja. kadang2 saya lukis ikan, burung.. tapi selalunya saya biarkan dia luahkan apa sahaja bentuk hasil seni yang dia mahu..

kalau sudah selesai melukis, dia sudah tahu cari masking tape, terbalikkan kertas..
"mama pal mama pal.."
"ok stick lah sayang.."
nanti dia akan tampal sendiri ke dinding, pastuh diri dan lihat dari jauh..
"mama tik.."
"yes sayang, rayyan draw very beautiful.."

saya kata pada encik suami,
"papa..kita dah tak payah tampal lah wallpaper.. lagi few months rayyan penuhkan dinding nih semua.."
semoga aktiviti seni kami sekeluarga boleh memupuk sikap yang baik pada rayyan. seni memerlukan kesabaran dan idea yang pelbagai untuk sesuatu kerja seni itu berjaya dihasilkan..

love,
mama fathinz

Lovely stories you might like

Blog Widget by LinkWithin