Pages

Friday, July 2, 2010

{ parenting } "Mama, rayyan nak eat.."


This is a great book by Wardina. Go get it...! Nanti saya review yer.. Sebagai seorang ibu, saya sedaya upaya memberi yang terbaik untuk anak2 saya.. Saya akan cuba masak makanan berkhasiat untuk rayyan, and no no to junk food. Kalau paling malas pun, ambik brockoli letak dalam periuk nasi yang ada nasi yang dah masak, panaskan.. bagi rayyan buat macam makan gula2.. he loves it. dia suka isap2 kemanisan brockoli tuh.
Ok, saya harus tidur sekarang. esok sambung lagi mbfpc.. kat melaka nih..
later ok.

love,
mama fathinz

Monday, June 28, 2010

{ homeschool } fun at the pool

Alhamdulillah, sejak berpindah ke apartment baru ini, saya berpeluang membawa rayyan ke swimming pool sekurang kurangnya seminggu 2 kali.. kadang-kadang bila air kolam tu memanggil manggil, selalu jugak pergi.. lagi lagi bila kolam tuh boleh nampak je dari balkoni..

Bila jannah lahir, aktiviti berenang di swimming pool dah makin berkurang, selalunya saya di rumah, encik suami sorg yang akan bawa rayyan. bila habis pantang, saya ikut turun tetapi jarang dapat berendam kerana menjaga jannah yang masih kecil.. jannah sudah 3 bulan dua minggu, saya sudah makin bersedia, jadi saya dan encik suami membawa jannah ke pool.
Kebetulan, ummi saya msg, suruh carik kat youtube cara2 ajar baby berenang. banyak katanya. kalau sebelum ini, saya akan letakkan jannah di tepi kolam, tapi jumaat lepas, kami bawa jannah bergembira dalam pool.. mula2 saya risau jannah akan kesejukan. hehee tapi saya silap. jannah sangat seronok. setiap kali cuba bawak jannah naik, dia akan menjerit, goyang2kan kaki.. tanda mahu main air lagi.. kali ini, saya letakkan jannah dalam wrap.. kerana saya rasa lebih selamat. hari ini, saya nak start ajar jannah berenang.. klik sini untuk tengok video mengajar bayi berenang. dari pembacaan, rata2 org puteh mengajar bayi mereka berenang seawal 2bulan. kalau 3 bulan dah kira lambat tuh.. hehe. jannah dah nak masuk 4 bulan pun.. rayyan first swimming masa 5 bulan..

Mengapa berenang adalah baik untuk bayi..?
Berenang adalah satu2nya aktiviti yang memberi kebebasan (independent) kepada bayi, sebelum merangkak dan berjalan, dimana mereka mempunyai daya reflex. air akan menyokong badan mereka, dan bayi boleh menggerak gerakkan kaki dan tangan dalam air sepertimana mereka mahu. mereka akan belajar mengapungkan badan dan bernafas dengan betul.

Cara mengajar bayi berenang..
1. Swim position - Basic position and used in many routine
2. Neutral position - Baby is vertical, hold by your hands under the armpit.
3. Back floting - Macam kita support masa mandi, support with your hand under the baby's head. Bila dah confident, slow2 lepaskan.
Gambar2 nih dari sini.. juga boleh belajar dari sini, sini dan sini.. Ya, swimming is fun..! mesti dah besar macam abang rayyan nanti jannah dah pandai "nanak balik, nak swim.." kamu kamu, jom berenang..!
Tengok lah princess saya terus tidur lena lepas berenang..

Love,
mama fathinz

Wednesday, June 23, 2010

{ homeschool } memperkenalkan seni dan kraf kepada kanak-kanak

my dad was an art teacher. ya. cikgu senilukis dan cikgu disiplin. hehee. garang tau. masa saya kecil, ayah selalu lukis gambar jug, buah pear dan buah epal. setiap kali mintak ayah lukis, dia akan lukis lukisan yang sama.. ummi cakap, lukisan tuh dari awal kawen sampai dah anak 10, masih yang tu jer.. heee. ayah sangat menyokong saya yang minat seni. masa saya mula2 ambik creative multimedia, ayah beri saya buku2 seni simpanannya.

masa sekolah rendah, saya selalu nangis kalau tak siap homework lukisan. saya memang suka melukis, tapi malas nak siap on time.. ummi lah yang akan teman saya stay up sampai kul 10malam, siapkan homework senilukis. ummi jugak yang ajar warnakan background pakai kapas kaler biru lembut kalau nak lukis gamba pemandangan, kena lukis bulat pastuh ade garis tengah, ade garis 2 vertical kalau nak lukis gambar muka orang. jadi, minat pada seni saya telah dipupuk oleh kedua ibu bapa saya sejak saya kecil lagi.
untuk rayyan, saya yakin setiap kanak2 dilahirkan creative. semasa dia beberapa bulan, saya rajin bawa dia ke pameran lukisan, balai senilukis negara dan tunjukkan dia lukisan2.. saya mahu dia explore dari kecil lagi. saya yakin ibubapa berperanan untuk membentuk sikap cintakan seni dalam diri anak-anak. setiap kali aktiviti seni, rayyan memang suka dan teruja. kadang2 saya lukis ikan, burung.. tapi selalunya saya biarkan dia luahkan apa sahaja bentuk hasil seni yang dia mahu..

kalau sudah selesai melukis, dia sudah tahu cari masking tape, terbalikkan kertas..
"mama pal mama pal.."
"ok stick lah sayang.."
nanti dia akan tampal sendiri ke dinding, pastuh diri dan lihat dari jauh..
"mama tik.."
"yes sayang, rayyan draw very beautiful.."

saya kata pada encik suami,
"papa..kita dah tak payah tampal lah wallpaper.. lagi few months rayyan penuhkan dinding nih semua.."
semoga aktiviti seni kami sekeluarga boleh memupuk sikap yang baik pada rayyan. seni memerlukan kesabaran dan idea yang pelbagai untuk sesuatu kerja seni itu berjaya dihasilkan..

love,
mama fathinz

{ cloth diapering } mengapa saya bertekad untuk cloth-diapering

leceh.
malas.
penat.

ya, itu alasan2 saya pada diri sendiri masa tidak mahu cloth-diapering rayyan. 

pertama kali saya tahu mengenai cloth-diaper masa pergi pameran smart kids kat PWTC. kebetulan kat bawah tuh ade pameran bayi pulak. saya sedang mengandungkan rayyan, mahu cari barang2 baby. range harga yang saya tengok masa tuh, rm69 sampai rm100 lebih. wow. cantek tapi kenapa mahal sangat. macam susah je pakai. nampak macam complicated je.

balik tuh, saya goggle. wow banyaknye, macam2 jenis, macam2 cara pakai. terus jadi confius. tapi macam nekad, nak try lah kat rayyan.. lepas tuh borak dengan sepupu, ya dia bersalin 3 bulan lepas saya.

"Along, along tau tak pasal cloth diaper.."
"tau.. macam best kan.. nak pakai tapi malas lah nak cuci.."
"kawan nana cakap senang je, cuci buang najis then masuk je kat mesin basuh.."
"owhh ye ke. tapi mahalkan nak start beli.."
"itulah, nana nak beli tapi mak ngah tak kasi masuk dalam mesin basuh cuci ngan baju2 lain.."
bla bla bla blaaa blaaa..  cerita pasal barang2 baby mmg lah best kan..

bila rayyan dah lahir, saya masih bercita2 mahu beli. ok jom try satu. setiap kali nak beli, rasa macam mahal je. saya ke susuibu, pegang2 dah cd tuh. pegi sarakids beli botol rayyan pun pegang2 lagi. pegi lagi pemeran baby. pegang belek2 jugak. masa homeschool chatter dengan mamafiza pun, dah tgk kak hanz dan kak milie bawak cd. online pun asyik surf cd. hari ke sehari, tak beli beli juga. masa tuh saya masih belajar, so seminggu 2, 3 hari di kl, 3, 4 hari di jb berulang. kalau pakai cd, bila pulak nak cuci, bila pulak nak jemur.. masa tuh dalam fikiran, kena beli starting at least 5, dah rm200 lebih tuh. baiklah beli mamipoko size L yang rm35.90 untuk 48+4kpg free.. (69sen sekeping).. senang dan tak leceh pulak tuh. 

Bagaimana saya bermula..?
jannah. 2 minggu lepas jannah lahir, tiba2 jannah start ada rashes kat diaper area. mungkin kulit dia sensetif. macam2 cara ummi dan saya try buat. tukar kan diapers sejam sekali, tukar brand2 lain, bukak, longgarkan, letak ubat doc bagi, letak baby bottom balm.. memang berkurang, tapi kang sehari dua jadi balik. kadang kadang tumbuh biji2. kadang2 melecet macam melecur. sedih nak nangis bila tengok. selama seminggu, try pakaikan lampin jer. terus ok tapi kena selalu lah salin kan. jadi masa umur dia sebulan, saya dah nekad nak pakaikan cloth diaper.

Bagaimana mahu mulakan..?

beli satu, dan cuba..!
saya start dengan gro baby experience package. rm230 lebih untuk 2 shell (cover dia), 4 soaker (snap kat atas shell) and 2 boaster (tambah layer utk malam). ya, saya beli yang mahal dulu. sebab biasalah kita nih, kalau yang mahal, nanti takde alasan untuk malas cuci..mesti rasa sayang dan gunakan sebaiknya. so saya try. mula2 masih kekok. baca sana sini, tanya kak hanz, try pakaikan few times, akhirnya dah boleh faham..

dua minggu lepas tuh, saya beli 3 cd Lunatots, masa expo kat midvalley. nenek rayyan belanje. nyesal beli sikit jer. seriously cd nih simple, tak complicated dan selesa. lepas tuh saya beli lagi 5 cd Coolababy pulak. dari bestfriend sekolah rendah, so dapat good price ;p

then baca entry ni, terus terpengaruh.. dan beli Graham Bear Wear satu pocket diaper, 2 one size fitted, 1 L size fitted.. so now dah ade 4+3+5+4 (12) set of diapers. mula2, saya pakaikan jannah full cd, and rayyan kadang kadang cd kadang kadang disposable diaper. tapi dah 5 hari nih, dengan cd yang ada saya dah berjaya fully cd-ing meraka. memang cuci setiap malam, jemur siang kejap jer dah kering.. selalunya memang tak sempat ambik lipat simpan dah pakai balik.. heeee.
yang nih rumparooz. baru sampai sabtu lepas, masih belum cuba lagi..

cadangan yang sebaiknya, kena ade sekurang-kurangnya 12 untuk setiap anak, 18 untuk kalau takut tak kering ke, hujan ke.. insyaAllah, ada rezeki akan beli sikit2 sebulan satu ke.. rayyan pun sejak pakai cd nih, dah start potty training.. so tak perlu banyak sangat buat masa nih. betul kata orang, anak yang pakai cd cepat sedia untuk potty train sendiri.

lihatlah, betapa cantiknya si kecil jannah in GBW one size pink birdy birdy nih. membuatkan saya tak punya alasan lagi untuk tidak meng-cloth-diaper kan dia. owh, pasal sepupu saya tuh.. rasanya dia pun tak cd kan lagi anak dia. kena tunjuk dia cd cd comel nih supaya dia pun teruja..!

nanti kite cerita lagi ya..! 

love, 
mama fathinz




Tuesday, June 22, 2010

{ babywearing } the new fushia wrap

yeah. love it. love it. 
finally my fushia wrap is here. dari hari pertama saya browse wrap nih, terus jatuh cinta.
wrap pertama saya bewarna hitam. beli masa motherhood expo, memang nak warna ni, tapi takde yang on sale. encik suami cakap senang jaga kalau hitam.. bila dah pakai, memang sangat selesa. tapi hampir setiap hari tengok jugak yang warna pink nih. tak boleh nak menahan nafsu yang meronta ronta, akhirnya.. ya. wrap itu milikku.. ;p

Jannah sekarang wrap style 'lotus hold' pulak. dia nak jalan2 tengok ke depan. dan jannah pantang nampak cermin, sangat excited. i learn a lot about wrap from here, here, here and here. 

saya masih ingat, pertama kali saya pakai pouch untuk rayyan, ummi dan ayah saya tak setuju. 
"nanti dia asyik nak dukung aje"
"nanti dia tak dapat tengok2 depan explore"
"nanti dia ngada2.."
Alhamdulillah, sekarang mereka dah faham kebaikan babywearing, dan mereka sangat menyokong.

Mengapa wear-your-baby?
kalau tanya saya, sebab ianya cantik..! ya, seorang ibu memang sangat cantik bila melekat dengan anaknya. macam kangaroo. pertama kali menggunakan pouch, rayyan dalam 6 bulan. sudah agak terlambat sebenarnya. sebelum tuh, rasa susah sangat nak buat kerja rumah, susah sangat nak keluar rumah sebab dua dua tangan kena pegang anak.. bila dah mula pakai pouch dengan rayyan, waahh macam2 boleh saya lakukan yang selama ini tak dapat. asal masuk dalam pouch je, dia akan tertidur lena. jalan jalan shopping pun sangat senang.

untuk jannah, saya mulakan lebih awal. saya dapati, anak yang selalu dikendong lebih mudah dijaga. tak hassle langsung. tak meragam. dia merasa sangat selesa. tak sama langsung dengan myth pasal kendong bayi yang kita dengar selama ini. untuk bayi kecil, saya secara peribadi merasakan wrap adalah yang terbaik. rasa macam sangat secure. badan dia, kaki dia, kepala dia.. bila saya letak jannah in wrap, dia mesti tidur lena. senang sangat saya boleh bawak abang rayyan dia mandi pool. boleh bawa rayyan playground, while jannah securely in the wrap.

saya masih belajar lagi. kalau jannah masih mahu in wrap, saya mahu yang warna warni pulak. gradiation. ellaroo. girasol. just to name a few.. 
or, maybe i should create my own wrap ;p


Sunday, June 20, 2010

{ al rayyan } Rayyan and atok, selamat hari bapa

Atok rayyan ada kes di mahkamah jb jumaat lepas. papa rayyan pegi kuantan main bola.. bile atok rayyan called cakap nak singgah rumah, rayyan gembira sangat. bukan rayyan je. mama rayyan pun. sekurang kurangnya tak lah bosan bertiga je kat rumah. ingatkan atok nak sleep over. tapi atok terpaksa balik sebab banyak kes lain kena siapkan..

Sementara mama hidang bubur kacang untuk atok, (owhh ya akhirnya saya berjaya buat bubur kacang yang sama rasa macam ummi saya buat. tapi ummi buat lagi sedapp).. atok solat. tetiba mama nampak rayyan ikot jemaah dgn atok.. mama cuci tgn capai fon, alaa dorg dah habis solat. so sempat lah curi curi snap gamba rayyan and atok berdoa, dan juga rayyan salam atok. sangat comel.
Rayyan tinggal di jb, atok and nenek kat seremban.. kadang2 sebulan sekali kami balik kampung, kadang2 dua minggu sekali.. so bila atok, nenek dan makcik2 yang lain datang jb, rayyan mmg lah sangat gembira. bila atok nak balik, rayyan taknak salam. mungkin belum puas main dengan atok kot. macam merajuk sikit. untuk atok, Happy Father's Day.

Masa ayah saya tau saya kena beli kamera utk subject photography, kami sama sama ke Pertama Complex, ayah belikan kamera. masa tu rasa terharu dan berazam, kena belajar betul2 sebab ummi ayah dah belanja banyak untuk study saya.. lepas tuh ayah hadiahkan buku "The Black and White Handbook", dah beberapa hari dapat, baru saya perasan ada tampal gambar saya masa kecik dalam buku tuh..



Dah 10 tahun dah buku tuh.. maknanya dah 10 tahun juga saya dalam dunia photography. wahhh. cepatnya masa berlalu. ummi dan ayah saya selalu berusaha memberi yang terbaik utk anak anak meraka.. saya selalu berdoa, bila rayyan besar nanti, dia juga akan jadi orang berguna yang membahagiakan kedua ibu bapanya. 

owhh ya, dan saya akan buatkan pelamin paling indah untuk anak2 saya nanti. haha. mari berangan. jauh lama lagi kan..?

Saturday, June 19, 2010

{ al jannah } Jannah is 3 months, 2 weeks and 2 days

Adik saya called.
"Along, apesal kat header blog takde gambar Jannah"
"Adelah.. gamba rayyan main ngan dia.."
"Along tak sayang Jannah kan.."
"Ehh mestilah sayang. anak gegirl tuh. bestfrend nanti. gamba jannah tak banyak camera along. banyak camera fon jer.. header tuh represent babywearing, cloth diaper, homeschool, ngan breastfeeding.. so banyak rayyan je. nanti along nak edit tuh"
"Kat blog pun tak banyak gambar jannah"
"Dia kan girl, kena lah shy shy.."
;p
Ni gambar first time Jannah ke masjid. Lepas makcik nih pangku dia, ramai yang lain datang tengok Jannah. Malam birthday abang dia. Alhamdulillah. Saya berazam, every birthday rayyan, dia akan sekurang2nya solat maghrib di masjid.. Rumah lama betul2 sebelah masjid. Masjid bandar baru uda. Selalu rabu malam atau papa balik keje lambat, saya bawak rayyan solat jemaah di masjid. Rumah baru nih kena naik kereta nak ke masjid.. Azan pun tak dengar dari sini. Tak sabar nak tunggu surau baru sebelah apartment nih beroperasi. Mesti seronok bawak rayyan.
Jannah sekarang dah pandai macam-macam. Siang tadi bawak ke jusco, wrap dah nak tengok ke luar je. pandang pandang orang. Pandang pandang atas.. dah pandai panggil2 mama dia. Kalau dia nak susu, atau dah wet, cara dia nangis dah boleh tahu. Kalau mandikan dia, kaki kepak kepak seronok. Abang rayyan pun dah mula nak ajak main. Dorg selalu mandi sama2. Nanti rayyan akan tolong sabunkan adik dia. Bahagia. 

Kalau saya tengah leka buat kerja kerja rumah, nanti rayyan akan pegi kat adik dia, ajar adik dia "nenek", "atok", "ateh", "wawa", "maksu".. tapi saya tanamkan azam, perkataan pertama dari jannah perlulah "ALLAH"..

Saya akan cuba hari hari baca Quran dengan pangku Jannah. Baca storybooks untuk dia.. Borak dengan dia macam borak dengan orang besar. Memang dia tak pandai lagi, tapi dia paham apa yang kita bualkan.. Nanti muncung muncung mulut jannah borak. Jannah rajin bercakap sikit dari abang rayyan. Badan pun dah macam nak pusing pusing sikit.. Seronok sangat layan mereka berdua. 

Jannah dah pandai capai capai. Kalau ada kain kat tepi dia, mesti dapat capai. Mainan mainan dia pun, dia dah pandai interact. Genggaman tangan dia pun dah erat. Selalu tarik tudung mama. Kalau saya menyusukan dia, saya selalu pastikan perhatian sepenuhnya untuk dia. Pegang tangan, genggam, usap2 kepala, urut urut kaki dia.. 

Buatkan saya rasa mahu ramai anak lagi!


Lovely stories you might like

Blog Widget by LinkWithin