Pages

Tuesday, June 15, 2010

{al rayyan } the very happy, birth-day ;p

fuh. berhari2 mama tulis entry ni tak publish2. susah sangat nak karang ayat. ;p apapun, saya adalah sangat happy bila tgk wajah anak bujang saya gembira. 
paling comel, hari2 nyanyi "beday to youuu.. bedayy to you.."

sebab rayyan sangat comel nyanyi2 lagu birthday sendiri, papa siap cancel football game dia, balik cepat nak ajak makan kek. so kami ke secret recipe. mama pilih cheese caramel. wow sangat sangat lazat tau. nih first time try makan. memang sedap.

yeahh.. tengok.. rayyan boleh tiup lilin.. ;p

dan pada hari Ahad, we had another small celebration with family and friends. 
plan hari khamis, hari ahad dah terus nak party.. saya tak sempat pun nak decorate lebih2, nak buat invitation cards semua.. Invite pakai facebook je lagi berkesan heee. Alhamdulillah the party went well. 

Tahun ni memang tak plan nak buat party, sebab kang dah buat masa setahun, dua tahun.. dah kena buat tiap2 tahun lah pulak.. Tapi bila fikir balik, tiap2 tahun pun takpe ;p Lagi ramai orang datang rumah, lagi meriah.. menjamu kawan2 makan adalah sangat membahagiakan.. semoga lebih ramai yang mendoakan kebahagiaan kita.. 

Rayyan sangat happy. Dari pagi sampai ke petang taknak tidur. Risau jugak kalau dia meragam masa nak potong kek nih. Tapi mungkin sebab tahu semua datang nak raikan dia, memang bahagia je muka dia harituh.. Masa aunty Teh and aunty Asa sibuk menggantung belon, rayyan pulak duk leka main dengan pinggan2 kertas nih..

party nih adalah tidak-dirancang-awal. hari khamis decide nak raikan, dalam 3 hari baru terkocoh2 saya menjemput, nak order sana sini.. ;p maaf sangat2 niat nak jemput kawan2 yang baca blog nih, tapi sempat update kat facebook jer.. 

rupanya, merancang majlis dalam sehari dua adalah possible..! saya penah merancang majlis kahwin Khai dalam hanya tempoh kurang sebulan. fuhh dan kali ini, harijadi rayyan dalam 2, 3 hari. Alhamdulillah. tema kali ini 2010 world cup south africa. oleh kerana takde sape nak terima order kek dalam 3 hari, paling senang beli lah Chocolate Indulgance Secret Recipe kan senang. dah tau konfem sedap. lepas tuh letak lilin 'Happy Birthday' yang beli since tahun lepas untuk harijadi encik suami, tapi saya masuk wad, lukis padang, letak coklat bola bola keliling, letak lilin player bola.. lilin tuh dua ringgit lapan posen, beli kat kedai buat kek.. tadaaaaa.. 

ok lah tu kan.. yang penting ikut tema.. lepas tuh boleh lah potong kek..

tak aci tak aci.. nanti birthday Jannah kena ada photographer lah.. selalu saya takde dalam gambar heehee.

lepas tuh rayyan bagi kawan kawan goodies. nih baby Qisya. mama dia jual baju online. Baju yang selalu Jannah pakai tuh..

nih pulak baby farah, kawan mama jumpe kat online jugak. first time meet up. mama dia toke cupcake.
ni family kak Ani, kenal kat facebook, jiran tingkat bawah.. toke kedai ubat kat plaza kotaraya.. kalau nak beli online pun boleh.. ;p

nih nenda and aunty min rayyan. datang jauh jauh from seremban.. thanks tau. ujung minggu ni datang lagi yer!
nih kawan saya kak fizie, and kawan2 office papa.. normah dan diana.. 

dan ini kami, yang sungguh merasa terharu dan bahagia atas kehadiran semua..! owhh tapi kenapa Jannah tuh muka comel semacam tuh.. ;p owh tudung mama tuh, first ime pakai tuh. fresh baru sampai from kak ayeem. try pakai tudung fashion baru. mula2 macam tak konfiden, tapi bila dah try, series selesa sangat2..

dah makan makan, bawak guest pegi mandi pool.. ok last sekali, bukak hadiah lah kan..! terima kasih semua yang meraikan. rayyan sangat gembira.. mama rayyan pun sangat gembira. terutamanya bila dapat jumpe kawan2 mama yang tak pernah bersua muka..

owhh dan akhir sekali, tgk lah anak dara saya nih, sudah 3bulan seminggu. makin comel. geramm tgk dia. tutup muke pulak shy shy.

love,
mama fathinz

Wednesday, June 9, 2010

{al rayyan} hadiah istimewa buat anak tercinta

alamak.. bile teringat dah nak harijadi anak, mulalah pening kepala fikirkan hadiah harijadi kan.. kalau duit ribu2 kat maybank2u tu boleh lah klik je order online.. hee. memandangkan mama rayyan dah 2 bulan bercuti dari WAHM, dah jadi SAHM je.. ape kite kite buat hadiah yang tak perlu cost tinggi.. mama buatkan rayyan rocket.. kalau nak beli rocket betul kan dah bejuta juta pulak.. ;p

saya dapat inspirasi dari vcd Noddy yang hari hari rayyan duk tengok tuh..
"I'm going to make a rocket.. I'm flying to the moon..
I'm going to make a rocket now.. zoom zoom zoooom zooomm zoooooom.."

"You want to make a rocket Noddy..?" 
" You need a cone.. and you need a tube.. and you need three fins"
" You need a cone.."
"Ice cream has cone.."
"Yeah.. a rubish bin.. No one wants this rubish bin"
"Now we need 3 fins.."

"This rocket cant fly.."
"Here are some magic powder.."

Tengok.. dah siap pun.. senang jer.. mama rayyan takde magic powder.. tatau nak beli kat mana.. ;p 
Onee.. Twooo.. Threee.. zooooooooommm
Rayyan tak perlukan magic powder pun.. 
Cost : 
Mr Potato tin : rm0.0
Double sided tape : rm0.0 (lebihan decor wedding mama)
Kertas warna : rm0.0 ( lebihan besday rayyan thn lepas)
Kegembiraan anak : Tidak terhingga ;p

Sudilah kamu menerima pemberian ibu yang tak seberapa nih yer sayang..

malam tuh, kami bawa dia makan2. sama juga di tempat tahun lepas dia sambut malam besday dia.. rayyan macam tahu je birthday dia, siap bawak camera lama yang dia dah buat mainan dia, and buku Peter and Jane dia..

Rayyan makan sangat banyak dan seronok tgk bola..

Love,
mama fathinz


Tuesday, June 8, 2010

{ al rayyan } Buat anak mama sayang, SELAMAT HARI JADI.

Selamat hari jadi, sayang.. Jadi anak soleh yer sayang..!
Terima kasih kerana menjadi peneman mama.. dikala kamu comel.. 

dikala hari pertama kamu merangkak dengan jayanya..
dikala kamu sudah boleh duduk sendiri, sangat gebu dan digerami ramai kerana menyusu susu mama..
dikala mama mahu ke kelas dan kamu masih menangis mahukan susu..

dikala mama sakit dan masuk wad juga kamu jadi peneman setia selama berhari hari, dan masih menyusu..
dikala kamu tidur kerana kekenyangan selepas menyusu..

dikala kamu mengamuk pun mama dukung dan sumbat menyusu terus diam..

dikala kita pergi membeli belah dan kamu jumpa bestfriend kamu Ajeng tanpa perlu membawa botol susu..
dikala orang sekeliling marah dan suruh kamu berhenti menyusu.. kerana mama sudah mengandung 3 bulan, kamu masih menyusu dan kamu masih belum boleh berjalan.. katanya jadi lembik akibat berkongsi susu.. kite abaikan kan..? dan kamu masih anak macho mama yang kuat kan..? comelkan gamba hari pertama kamu boleh berjalan dgn sendiri di hari convocation maksu..

Dah besar nanti ambil gambar mama banyak2 ya.. kesian mama asyik gambar Rayyan ngan papa ngan Jannah je banyak.. Rayyan kena sentiasa nampak comel dan muda tau. supaya mama jugak nampak mude.. ;p

Selamat ulangtahun kedua, sayang.. nanti kite beli kek yer. mama takde idealah, sorry tau mama tak tempah kek awal2. takpe nanti kite beli chocolate indulgance ok..!

Rayyan kena bersyukur dan berterima kasih pada Allah tau.. kerana diberi kekuatan pada mama untuk terus menyusukan kamu.. terima kasih juga pada papa yang memahami, memberi semangat dan membenarkan rayyan menyusu tak kira dimana2.. Ingat tak masa mula2 kamu dah menjerit2 kat Jusco, tapi papa suruh mama carik nursing room jugak.. Kadang-kadang mama nangis tau sebab sangat penat.. ataupun sbb sedih bila org sekeliling suruh berhenti menyusu kamu..ataupun sbb breast dah lembik tapi rayyan masih mahu menyusu.. dan paling sedih bila mama dah sangat lapar atau demam dan tak larat mahu masak, kamu masih mahu menyusu.. Terimakasih jugak pada kawan2 mama yang kagum kerana masih betah menyusu, kepada nenek dan family yang memberi semangat, kepada kawan kawan blog dan susuibu.com yang banyak memberi inspirasi agar mama terus menyusu.. Mama bersyukur dapat menyusukan kamu seawal 5min selepas kamu lahir, sehingga hari ini..

Rayyan dah besar, rayyan dah ade adik yang cantik.. terimakasih kerana selalu mengalah dan bagitahu mama bila adik juga mahukan susu.. Alhamdulillah, mama diberi kekuatan untuk menyusukan kamu selama 2 tahun.. 

Kalau nenek cerita papa kamu menyusu susuibu sampai 4tahun setengah.. ape kata Rayyan pecahkan rekod papa nak..? hehehhee.. 

Tapi sebenarnya mama agak penat lah Rayyan.. tapi mama takkan menghalang.. cume rayyan kan dah big boy.. Rayyan drink dalam cawan ok..?

Happy birthday sayang. terima kasih. kamu adalah nyawa mama.

Lot of love, hugs and kisses..
Mama

Saturday, June 5, 2010

{ Love } Al Jannah sudah 3 bulan, dan mama boleh paham ape dia cakap..!


Wow. Time flies. Pejam celik pejam celik dah 3 bulan anak dara saya.

 This is Jannah, at 3 months. Dah nampak ke gorjesan dia kan. At 3 month, 
- Jannah dah kenal mama dia. Sometimes dia nangis kuat sangat and only wants the mama.
- Dah pandai nak pusing pusing kiri kanan.
- Dah pandai cakap. Ajak berborak. Jannah cakap banyak ok.. Dia suke bile papa or mama or aunty min borak2, she will start talking, and i love this so much. I dah ajak dia shopping. Dia cakap ok. heee. Pandai gegirl mama.
- Dah pandai merengek2, and when i've tried everything, the only thing yang boleh buat dia diam is to wrap her. she love being in wrap. so much..
- Dah pandai respond to toys. tolak2 with kaki dia. loves music. loves bile mama dia ngaji kat dia, sure diam je. sometimes dia akan cakap2 macam paham ape yang mama dia ngaji.
- Dah pandai menturtle - angkat2 kepala everytime the mama nak paksa dia sleep, and she refuse, dia akan angkat2 kepala mintak dukung..
- Abang Rayyan pun dah pandai ajak Jannah main. siap main cak cak and nyanyi lagu twinkle2 little star kat Jannah..

and you know what mama bought for her 3 month birthday..?
.
.
.
.
.

A Graham Bear Wear One Size fitted diaper. Sangat tempting kan..? Thank to mama danial&eva for the review. Sungguh terpengaruh and this cute print membuatkan I have no excuse for not to cloth-diapering.. baru pakai satu kali, nanti i buat review ok..

Owh, I'm planning to makeover this blog, more on a knowledge-sharing blog instead of a diary. Yeah. Do watch out for the make-over yer.

As for a start, let me share with you how i communicate and understand what Jannah tries to converse with me. I started this since Rayyan is one month old, while watching Oprah.. and this really helps. The Dunstan Baby Language. 

The Dunstan Baby Language teaches you to hear exactly what your baby is communicating. As a parent, you will be able to interpret your infant’s sounds and cries – and respond to their needs quickly and effectively.

Every newborn communicates from birth to 3 months uses 5 distinct sounds that signal hunger, tiredness, need to burp, lower wind/gas and discomfort.  This is regardless of the language their parents speak.  It is not a learned language.  Rather, it is a natural way for every baby to express their physical needs.

The ‘words’ that form the basis of what we have called the Dunstan Baby Language, are sounds that are based on baby’s physical responses. These are called reflexes.  For example, when a baby is hungry it will start to suck, and as sound is added to the reflex, the ‘word’ for hunger is produced. These are the baby’s first communications, which occur before actual crying develops. The sooner the ‘word’ for hunger is identified the sooner a parent can respond by feeding, resulting in less crying and less discomfort for baby - and for parents.. 

Basically, I try to understand how Jannah cries by the NEH, EH, HEH, EAIRH, OWH sign that she does. I did not buy the DVD, but instead belajar from youtube. You can find it, here ;p

Neh paling senang nak faham.. bile lidah baby mcm ke atas skit.. means dia dah lapar and need to be fed. Eh means dia tak selesa, nak burb or dukung tegak, head up. Heh means dia nak change, biasanya with kaki tendang tendang sekali.. sometimes this also means Jannah feels sejuk ke, panas ker..  Eairh means perut dia tak selesa, biasanya I will put Jannah meniarap or put in my lap, sambil urut2 belakang dia.. Owh means dia ngantuk. sometimes need to be feed, sometimes letak kat tilam tepuk2 dah boleh sleep. Try it..! 

You can download the free info here and here.. 

Good Luck.. and happy listening..!

Love,

mama fathinz 



Saturday, May 15, 2010

{babywearing} Jannah in wrap

finally, i have my first wrap. i always wanted a wrap since terpengaruh dengan aida and cerita2 wrap dia. nampak sangat comfy and senang.. so last weekend, balik kl and pergi expo mom and baby fair. mmg tujuan nak carik wrap nih.. 


wow mmg sangat lah best. sekarang senang sangat nak jalan2 with Rayyan while Jannah is securely in a wrap. this one, bawak rayyan pegi pool.. now hari hari rayyan nk pegi pool pun dah senang.. ;p I can cook, do my laundy, and play with rayyan.. i've tried pouch, SSC and sling. i seriously recommend this especially for a newborn.. smlm pergi jalan2 Angsana, ade makcik nih melatah "owhh mak ko ade orang yer rupenya kat dalam.." hee. and masa kat surau, ramai yang macam pandang2. i guess, wrap stil belum glemer kat JB nih.. 

owh and now i'm proud to announce that alRayyan and alJannah is cloth diapering. yups, i know dah ramai yang start pakai lama dah. i knew bout this sblm sblm Rayyan lahir lagi, but i always give excuses to myself for not using one. malas basuh. leceh. etc. etc. i've tried. and i love it so much. tak leceh langsung ok. paling best, if hubby support, mmg semangat nak pakai. bak kata encik suami, "save the environment"..




ps: encik suami, nanti mama nak beli lagi yang kaler kaler cantek cantek ade gambar owl, train ngan butterfly tuhyer.. ;p

love, 
mama fathinz

Friday, May 7, 2010

{weddings} Jannah second trip to weddings

Ni second time Jannah pegi wedding.. yang first kan tolong mama buat pelamin.. kali ni wedding good friend papa, kat pekan nenas johor. pelamin sangat cantik. baju pengantin pun sangat cantik.. nanti makngah dan makteh rayyan kawen, nak design baju camnih lah..!

buat Naz and Yazid, selamat pengantin baru..

lepas tuh, g satu wedding lagi kat taman-saya-lupa-namanya pulak.. pastuh kakak penganting suh pengantin cium Jannah. baru fathin tau, kalau baby kecik g wedding pengantin kena cium dia supaya tak demam2 nanti huhuu. layan je lah.

love, 
mama fathinz

Thursday, May 6, 2010

the trip to the hospital

smlm, genap al Jannah 2bulan 1 hari, so kena g checkup and 2month jab. ok bab nama2 jab nih series tak penah nak hafal.. sambil tunggu2, nurse tanya nak buat pneumococcal tak.. ok. sekali teringat rayyan pun 18month nye booster belum. so encik suami cakap buat sekali, senang.

jannah dah 4.4 kg. ok kalau tanpa dress, 4.27kg...
little Jannah had her sterimar sbb selsema
mule2 muke Jannah releks je
aduu nih sangat kasihan
lepas tu abang Rayyan pulak
then kena gi fisio, nak sedut selsema Jannah
owhh lepas tuh, fathin pulak kena checkup dgn doc Laila.. and buat papsmear sekali. alhamdulillah, papsmear tuh tak setakut dan sesakit yang dijangka. tak sakit langsung. cume selalu tgk kat net, macam horror je kan.. untuk kawan2 yang belum buat papsmear, mungkin boleh try..

love, 
mama fathinz

Lovely stories you might like

Blog Widget by LinkWithin